News

KONVOI HARI MALAYSIA PATRIOT BR

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

INASIS Bank Rakyat: Seramai 45 peserta dari Inapan Siswa (INASIS) Bank Rakyat terdiri daripada staf, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), Pembantu Penghuni (RA) dan pelajar INASIS Bank Rakyat telah mangikuti Konvoi Hari Malaysia Patriot BR pada 16 September 2016.

Dalam program itu, 7 kereta dan 15 motosikal menyertai konvoi sempena sambutan Hari Merdeka ke-59 tahun ini yang bermula di INASIS Bank Rakyat di sini, 8.30 pagi tadi.

 Pengarah program, Muhammad Zariff Ashrof Juhari berkata, program itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi Hari Malaysia berikutan sambutan yang Hari Malaysia kurang diberi perhatian oleh rakyat Malaysia.

Menurutnya, program konvoi itu turut melakukan penjelajahan di enam buah kampung di sekitar kawasan daerah Kubang Pasu. Program konvoi ini juga merupakan pertama kalinya dianjurkan oleh INASIS Bank Rakyat.

Katanya, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya mengacau Wajik, rewang dan sukaneka yang disertai oleh peserta konvoi dan penduduk kampung.

 

"Program konvoi ini turut mendapat penglibatan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Pulau Timbul dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, ujarnya.”

Search

Reach Us

Pejabat Am
Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat
Universiti Utara Malaysia
Bukit Kachi
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Telefon : 04-928 4434/4433/4432
Faks : 04-928 4435
Emel: dppbankrakyat[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hour

Sunday - Thursday
08:30 - 17:00
Lunch Break (1 -2 pm)


Closed:
Friday - Saturday

 

Visitor Counter

Today:23
Yesterday:26
This Week:23
This Month:646
Total:857